Sunday, December 18, 2011

Kenangan Bersamamu, Bapa...







Gambar-gambar ni banyak menunjukkan antara kenangan bersama arwah bapa tersyg..arwah bapa suka bergambar..ke mana2 ada jer kamera..rasanya aku ni ikut bapa sehinggakan kadang2 kalau g apa2 event, member2 sure tnya 'erni mesti bawak kamera kan?'...bapak borek anak rintik..even masa gambar aku bersama adikku, itu sebenarnya di tepi jln jer tp landskap mmg lawa..so bapa hentikan basikal, suruh kami berposing sebentar di bawah panas tghri...kemudian bapa akan berbasikal pula ke rumah embah yg kira2 dlm 3km dari rumah...Ke hulu ke hilir hanya berbasikal sehingga kami pernah berEMPAT menaiki basikal..boleh imagine la kan..belakang 2 org, bapa dan amy duduk dlm bakul depan...tapi masa tu seronok ajaa bila dpt kuar berjalan..dah ada basikal pun kira dah bersyukur sgt2..sehinggakankami pernah dilanggar Van kilang semasa di roundabout Perai..bangkit kmai ber4 beranak teruskan perjalanan pulang ke rumah..:( semua itu kenangan yg mahal yg tidak dpt dinilai dgn wang ringgit.mungkin kwn2 sebayaku manaiki kereta mahupun motosikal tp KAMI paham sgt2 dgn kedudukan keluarga kami yg tidak begitu senang dgn wang ringgit tapi KAMI semua bahagia dgn ibubapa tersyg...those were the days....(nntla bila2 aku akan blogging kisah silam laks..)


Hari ni rasa berat kepala sgt2, maybe cuaca tk menentu kot, kejap panas kejap hujan..Isnin lagipun org kata Monday blues...nk buat keja kurg semangat sbb weekend dh dok relax ngan anak+suami kan. Tapi mmg ada ja keja nk kena buat sebenarnya.masukja office seperti biasa check2 email dulu, baca online news then baru start keja.tp rini mcm malas nk buat apa pun!!boleh ka ?aduss..kepala ni mcm2 dok pk...

yg paling dok pk, still arwah bapa yg masih kuat dlm ingatan.Ya Allah cepatnya bapa pergi.semalam lepas solat asar sebak sgt2...teringatkan bapa..terbayang2 bapa dok baring sakit dalam bilik bawah tu..masa tu aku bacakan yassin, 3 hari sebelum bapa pergi selama2nya...tgh2 baca bapa pandang tajam ke mukaku..terkejut gak, 'bapa nak apa..?', sambil bapa tunjuk isyarat tgn dan kata..'nak oren'....aku bgtau mak..mak macamna?nk beli dak oren..mak kata takpa kot, bapa baru mkn bubur, nnt takut muntah. takpala mak kita buat ayaq sunquick kat bapak...so mak kata okla satg buat....namun kami dok sibuk2 terlupa terus air oren utk arwah bapa...MAAFKAN marlina bapa..tak sengaja lupa maklumla time tu kami semua sibuk nk bawak bapa berubat...bila aku solat kat bilik mesti teringat bapa..

Sekarang pulak tgh stage tunggu result utk further my PHD. kalau bapa masih ada, dh tentu bapala org yg care about this.bapa akan mula risau, suka pk sesuatu yg sebenarnya tk perlu di pkkan..itula bapa ku....teringat masa aida study kat Jepun. bapa asyik risau ja...'kakna, aida tu ok dak dok sana..' dia g sekolah dia mcmana? bila aida nk balik semula ke jepun..bapa sure akan tnya 'tak susah ka aida g sana', tak tertukar ka flight dia..' bapa seolah2 nk g hantar dia sendiri ke jepun...teringat masa yanti kena interview kat penang, bapa hantar sampai depan bilik interview, punyala risau anak2 dia padahal kita ni ok jaa pun.bapa jaa yg risau.

hari ni sudah hampir 80 hari bapa meninggalkan KAMI semua...tak sabar nk balik penang minggu depan, nak ziarah kubur arwah...Terasa mcm mimpi lagi..selalu bertanyakan si suami..'abg, semua ni mimpi kan?bapa ada kat sbrg jaya kan?' sgn harapan hsbnd akan angguk..'tolongla abg kata 'YA'....TAPI.......redha laah dgn ketentuanNya..pergi takkan kembali..banyak2 la berdoa , beristighfar utk bapa..pesananku jugak utk adik2..adik2 yg masih belajar, yg masih perlukan kasih syg dr seorg bapa...bapa skrg mmh sporting dah, tk se-strict dolu2...KAMI rindu dgn bapa..cucu jugak rindu dgn bapa...firhan sampai skrg kalau tgk org berkopiah akan tunjuk dan sebut 'embah, embah!'...sedih, sayu...di danish yg baru berusia 2 thn pun, kalau tanya mana embah, dia akan jawab '..yam boq..'maksud dia..dalam kubur...SubhanaAllah, kuatkan kami semua menerima dugaanMu ini...kuatkan mak...td call mak, mak kata pening sikit...RISAU sgt2..mak jgnla pk sgt pasal bapa..kami sgt2 memahami perasaan mak...moga arwah bapa ditempatkan di sisi org2 yg mulia..Amin

No comments: